scroll to top
FOLLOW US ON FACEBOOK
SB SECRET
CARI GO TO MEMBER LOGIN
MALAY
Syarikat Bersekutu
Tibet ZangKe Corporation
Sumber Penyelidikan Terunggul
Tibet ZangKe Corporation terletak di Lhasa, ibu negara Wilayah Autonomi Tibet, merupakan sebuah perusahaan pembangunan pertanian dan pengeluaran Barli Hulless terbesar di dunia. Tapak penanaman Barli Hulless adalah diusahakan dengan kaedah penanaman organik dan amalan pengurusan perladangan mesra alam demi memelihara persekitaran dan ekologi kawasan tanah tinggi yang diliputi salji.
Tibet ZangKe Corporation giat bekerjasama dan berkongsi strategi dengan institusi professional dan pusat-pusat penyelidikan nasional dari negara-negara lain demi membangunkan perusahaan yang berorientasikan pasaran, perladangan bermodalkan organic dan sokongan bioteknologi; penghasilan berpusat dalam pengeluaran, bekalan, penyelidikan dan pembangunan Barli Hulless.
  • Perusahaan pemprosesan makanan Barli Hulless terbesar di Tibet
  • Perusahaan peneraju dunia yang khusus dalam penyelidikan dan pembangunan ekologi Tibet
  • Perusahaan yang menerajui bidang penanaman, penyelidikan, pembangunan dan promosi Barli Hulless dan herba-herba Tibet yang paling berwibawa di Negara China.
www.zangkefood.com
Penyatuan Sejagat
Membina Perusahaan Penjagaan Kesihatan No. 1 Dunia
Sebagai rakan bersekutu, SB Secret dan Tibet ZangKe Corporation berganding bahu untuk membangunkan rangkaian produk Barli Hulless. SB Secret juga dilantik oleh Tibet ZangKe Corporation sebagai rakan promosi sumber Barli Hulless. Tapak penanaman organic Barli Hulless Tibet ZangKe Corporation yang bertempat di “Qinghai-Tibet 320” merupakan tapak penanaman untuk produk-produk penjagaan kesihatan Barli Hulless SB Secret. Sinergi ini akan menjadikan kedua-dua syarikat muncul sebagai perusahaan penjagaan kesihatan Barli Hulless yang terulung di pasaran rantau Asia Tenggara, Asia dan dunia!
LIHAT PETA LAMAN
KL SB Secret Office
3-23A, The Scott Garden,
Batu 4, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur.
Tel : +603 7982 2704
Fax : +603 7982 0688

Email : enquiry@sbsecret.com
Follow Us On :
Share :